Saturday, December 26, 2009

Ibrahim Ali tidak hairan cubaan burukkan Dr. M

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak hairan dengan tindakan pihak tertentu yang memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk melalui penulisan buku.

Katanya, Dr. Mahathir mempunyai ramai musuh dari dalam dan luar negara kerana kebijaksanaannya dalam memimpin negara dan lantang mengkritik banyak pihak terutama negara barat ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Dr. Mahathir ada musuh di mana-mana saja, di dalam dan luar negara kerana ramai yang takut dengan kejayaannya. Jadi saya tidak hairan kalau ada yang cuba memburuk-burukkan beliau.

"Ia termasuk menghasilkan buku dengan dakwaan yang bermacam-macam mengenainya. Sekarang pun sudah ramai penulis upahan yang boleh buat begitu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penulis yang berpangkalan di Singapura, Barry Wain yang menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya menerusi Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudiannya mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Cabaran Kit Siang itu disahut oleh Dr. Mahathir yang meminta kerajaan bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada era pentadbirannya.

Ibrahim berkata, beliau menyokong cadangan Dr. Mahathir itu dan menggesa kerajaan melakukan siasatan terperinci dan terbuka.

Beliau juga menggesa Dr. Mahathir mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.


P/S:- Kalau dah berani,terus tubuh apa yang patut.Lepas tu mula siasat.Ye ke,tak ke?Tun tu dah kira negarawan(kalau bukan sawan!).Ini boleh mencemarkan nama baik dia(baik ke?).Jadi yang terbaik setakat ni,terus siasat apa yang patut.Jangan buat macam LEMBU KENYANG je.Buktikan dia tak bersalah,baru orang ramai tahu.Boleh?Abang Berahim ni pun satu.Dah la tumpang tiket orang,banyak pulak cerita dia!

No comments: