Wednesday, November 4, 2009

SPRM digesa mulakan siasatan terhadap Yadim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai penyelewengan dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan itu perlu bagi membersihkan segera nama institusi agama itu daripada dakwaan yang boleh mencemarkan imej Islam.

Beliau berkata, jika benar wujud penyelewengan, SPRM perlu mengambil tindakan segera dan Yadim dibersihkan daripada unsur-unsur berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan itu tidak berasas, pihak yang menuduh wajar dikenakan tindakan tegas kerana cuba mencemar nama baik Yadim.

“Saya pelik mula-mula kata, dia (Mohd Asri) dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim, kemudian tuduh ada penyelewengan. Saya bimbang pertelagahan orang agama dengan Yadim boleh menimbulkan kegelisahan umat Islam,” katanya.

Mashitah juga menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan kenaikan pangkat dalam Yadim apabila pegawai tidak layak dinaikkan pangkat, manakala pegawai kanan dinafikan hak.

Mengulas kenyataan Mohd Asri menolak tawaran menerajui Yadim, Mashitah berkata, nama bekas mufti itu baru pada peringkat cadangan dan tidak timbul soal pelantikan kerana belum ada surat pelantikan dikeluarkan.

P/S:- Macam2 betul kejadian dalam minggu ni.Org ni kena tangkap,org tu kena siasat,org ni kena dakwa.Sampai Yayasan Dakwah Islam pun ada salahlaku ni.Mintak ambik tindakan cepat,jgn biar ia berleluasa.Hilang kredibiliti tu satu lah,tapi bab berdosa tu tak nak ambik kira ke? UMNO,UMNO.Isk,isk,isk,isk.

No comments: