Tuesday, October 6, 2009

TIIIIIIPPPPUUUUUU!!!!!!!

Kerajaan sentiasa komited dalam soal pendidikan

PORT DICKSON 5 Okt. — Kerajaan sentiasa memberi sepenuh komitmen terhadap pendidikan anak bangsa dengan meningkatkan kualiti pendidikan selain menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi, segalanya telah tersedia. Ini adalah kemajuan yang telah kita capai dalam soal pembangunan pendidikan dalam negara kita. Kalau kita lihat banyak negara Islam yang lain, banyak yang daif.

“Kalau tengok dalam surat khabar, dalam televisyen, di negara-negara Islam seperti di Timur Tengah, banyak negara lain, bukan sekolah tapi bangsal...

kadang-kadang buat khemah nak belajar kerana negara tak aman,” katanya pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi pelajar PMR dan SPM sekolah menengah daerah Port Dickson di Pusat Islam Politeknik Port Dickson di sini malam ini. - Bernama

Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

P/S:-Mana satu yang betul ni?Apa cerita ni?


No comments: