Monday, October 5, 2009

Cerita 'cover line'

Mohamad Hasan nafi dakwaan pembangkang

PORT DICKSON: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak mempunyai masalah atau berbeza pendapat dengan Tan Sri Mohd Isa seperti dakwaan pembangkang.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan itu memberitahu, beliau adalah orang pertama mendesak bekas Menteri Besar selama 22 tahun itu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Siapa kata saya ada masalah dan menghalang pencalonan Mohd Isa? Jika hendak tahu, saya adalah orang pertama mendesaknya supaya bertanding pada pilihan raya kecil ini.

"Beliau (Mohd Isa) sendiri pada awalnya menolak desakan itu dengan alasan mahu berehat, tetapi saya mendesaknya kerana kita (BN) tidak mampu tewas lagi dalam pilihan raya kecil.

Mohd Isa ketika berucap pada majlis itu turut menafikan beliau 'bergaduh' dengan Menteri Besar dan tidak menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

"Macam mana saya hendak bergaduh dengannya, saya tidak berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pada Pilihan Raya Umum 2004 saya bertanding sebagai Ahli Parlimen Jempol.


P/S :-Cheh!Baik betul deme berdua ni ye?Dia kata dia tak bergaduh sebab tak ada dalam DUN 2004.Kalau ada,macam mana agak-agaknya?Mesti gaduh punya.Negeri Sembilan ni kan terkenal sampai tahap bunuh rakan ADUN dalam parti yang sama?Tak ingat ke?Jangan duk nafi la benda tu!

No comments: