Wednesday, October 14, 2009

Najib letak tanda aras tinggi - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 13 Okt.— Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan penanda aras yang tinggi ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu sehingga pengganti beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sukar untuk beliau mencapai tahap itu.

"Presiden sebenarnya telah meletakkan penanda aras yang tinggi ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden. Justeru, bukan mudah bagi saya untuk mencapai penanda aras itu tanpa sokongan Presiden dan saudara-saudari sekalian,” kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan secara serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam ini.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib kerana sokongan dan kepercayaan beliau terhadapnya untuk menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Timbalan Presiden parti, Muhyiddin berkata, beliau beriltizam untuk membantu Najib dalam menyusuri haluan perubahan yang telah digariskan.


P/S :- Iltizam ke tidak ke,itu tak tahu lah.Lakonan org2 UMNO ni mmg kadang-kala menyayat hati.Dulu ada orang tarik mikrofon dari bekas PRESIDEN tapi lepas tu dia pulak desak PRESIDEN suruh turun.Ada sorang lagi sokong penuh ISLAM HAdhari tapi last sekali desak Pak Lah suruh turun cepat.Najib,jaga-jaga.Orang tu dah start buat kerja tu!!!!!!!!!!!!!!

No comments: