Wednesday, October 14, 2009

Muhyiddin garis empat rukun wujudkan “Satu UMNO"

KUALA LUMPUR 13 Okt. — Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan empat rukun yang perlu dihayati anggota parti itu bagi mewujudkan “Satu UMNO” yang bersih daripada segala unsur negatif yang boleh merosakkan parti.

"Marilah kita bersetia menterjemahkan amanat Presiden agar tidak ada lagi antara kita yang menjadi batu api, kaki cucuk, talam dua muka.

"Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuh pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut dan perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa.

Beliau berkata, empat rukun itu ialah Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).-Bernama


P/S :- Ini nak cover cerita lama dalam UMNO.Org bukan tak tahu,baik bersidang masa tak ada pemilihan aje.Ada pemilihan itu cerita lain.Berita ni pun ada ngaku UMNO mmg tgh bermasalah!Kalau tak takkan sampai berjuta duit dilabur untuk menang jawatan.Nak pegi Perhimpunan pun dah banyak duit habis.Boleh hilang ke benda2 ni dalam UMNO?Kalau tak susah pun mungkin mustahil nak hilang!(Jangan haraplah!!!!)

No comments: