Sunday, August 2, 2009

Kejam? Zalim? Pilih mana satu!

Himpunan Membantah ISA di Kuala Lumpur 1 Ogos 2009



Perarakan bermula dari Jalan Masjid India dan bergerak ke Jalan Tunku Abdul Rahman lebih kurang pukul 1.35 ptg.




Peserta demonstrasi aman bergerak dalam kumpulan secara aman menuju ke lokasi berkumpul bersebelahan SOGO.





Ketibaan ketua AMK Samsul Iskandar Mat Akin di tapak pertemuan.



Rakan-rakan kaum Tionghua yang turut datang memberi sokongan bagi memansuhkan akta yang zalim.




Perhimpunan yang dirancangkan aman dan tidak mendatangkan masalah mula diganggu oleh semburan 'water cannon'.Peserta bergerak untuk mendapatkan perlindungan dari semburan air. Ada antara sahabat yang cedera akibat jatuh dan dilanggar peserta lain.




Salah seorang 'Pahlawan Muda'yang berani pengsan akibat terkena semburan gas pemedih mata.



Kelihatan asap dari kanister gas pemedih mata yang dilepaskan memenuhi jalan sekitar SOGO dan Pertama Complex.



Polis mengawal tempat kejadian semasa kejadian tersebut.Baik pergi tangkap penjenayah lain yang semakin banyak sekarang ni!


Penulis berpeluang menyertai perarakan yang diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Ini adalah kesempatan pertama penulis turut serta dalam demonstrasi.Penulis ditemani seorang sahabat yang juga seorang jurutera dari PETRONAS Malaysia.Maknanya semua golongan dalam Malaysia tak setuju dengan akta ini.Orang kelas bawahan,pertengahan dan cerdik pandai turut tidak setuju.

Pada hari Sabtu itu,baru penulis tahu mana lebih pedih kalau kena pada mata.
Lada atau gas.Hahaha.Tapi pengalaman ini tak mungkin dilupakan kerana berbilang kaum turut serta dan menyatakan sokongan terhadap demonstrasi ini.Ini menunjukkan semua kaum boleh bersatu dalam apa jua keadaan dan situasi.

Ada juga antara rakan-rakan dari Jerantut yang ditahan pihak berkuasa.Yang masuk hospital pun ada.Tapi semangat berjuang mengatasi segalanya.TAKBIR!

Semuanya membantah akta yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.Jadi macamana perkara dan akta ini boleh diteruskan?Tahan tanpa bicara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal.Kita menuding jari kepada Amerika dengan Teluk Guantanamaonya tapi kita terus mempertahankan akta yang tidak sesuai dengan hak asasi manusia.

APA KURANGNYA KITA DIBANDINGKAN DENGAN AMERIKA SYARIKAT?

2 comments:

Faizal said...

Salam..

Ternyata sekali lapisan rakyat semakin muak dengan janji2 pihak kerajaan yang jelas hanya lebih mementingkan diri dan periuk nasik mereka sahaja.

Mudah-mudahan Najib lebih peka dan mendengar rintihan rakyat.Tutup segera kem ISA.Utamakan kebajikan rakyat.Jangan hanya kebajikan......Rosmah.

Faizal said...

SALAM...

Mudah-mudahan pihak kerajaan khasnya Datuk Seri Najib peka dan mendengar rintihan rakyat dalam perkara ini.
Fikirlah untuk kepentingan rakyat, bukannya kepentingan Rosmah...