Tuesday, August 4, 2009

SAYA ADA TERBACA HARI TU.........

Sekarang tengah kecoh pasal pengkhianat bangsa dan negara.Macam-macam yang dah keluar.Ada macam-macam yang saya dah jumpa..


ARTIKEL 1

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.


Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato’ Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

“Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

“Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,” jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.”

Berkaitan:

Muhyidin Yassin gadai maruah Melayu Johor


ARTIKEL 2

Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).



Saya dalam dilema sekarang.Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan tanah air?

No comments: