Thursday, July 10, 2008


Kepada anda yang membaca, kalaupun anda tidak mempunyai isteri dan anak perempuan, anda tentu mempunyai ibu, nenek dan barangkali adik atau kakak perempuan. Berapa kali lagi kita akan mendengar wanita, gadis atau kanak-kanak perempuan menjadi mangsa samun, ragut dan sebagainya sehingga ada yang mati akibat perbuatan durjana itu?

Semalam, dilaporkan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud disamun. Pintu kereta Dr Mariah tentu terkunci secara automatik apabila selepas bergerak beberapa ketika. Itu pun tidak menjamin keselamatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat apabila dua lelaki yang menaiki motosikal bertindak memecahkan cermin kiri kereta Toyota Vios yang dinaiki Siti Mariah dan melarikan beg tangan beliau.

Nasib baik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu tidak mengalami kecederaan. AlhamduliLlah. Jangan lupa, dia ada anak-anak. Suaminya tentulah lebih gabra lagi bila isteri disamun.

(Sumber dari Penarik Beca)

No comments: