Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'
JASIN 4 Mac - Pemimpin-pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak cuba 'membakar negara' menerusi usaha-usaha mewujudkan pergolakan politik seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika memberi amaran tersebut memberitahu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat maklumat, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan.
Beliau memberitahu, tindakan itu juga menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya.
"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokoh mereka supaya jangan bakar negara kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.
(Baca di sini)
P/S;-Kalau ada sahaja PRK,maka akan keluarlah berbagai cerita tentang PENGKHIANATAN,KEZALIMAN dan berbagai lagi.Ini petikan tentang kata-kata yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan di dalam kawasan PRK Merlimau.Katanya pakatan pembangkang cuba menghuru-harakan negara ini.
Tuduhan yang sebegini biasa didengar dibuat oleh UMNO/BN.
Kami nak kata di sini bahawa Mesir dan beberapa negara Asia Barat yang lain bangkit menentang kerana KERAJAAN mereka didapati tidak amanah kepada rakyat dan menindas rakyat mereka.Padahal negara mereka itu kaya dengan hasil minyak.Jadi bangunnya rakyat adalah kerana menolak kezaliman dan kuku besi KERAJAAN.
Kalau Malaysia tidak begitu kenapa KERAJAAN perlu gusar?Tentu tidak ada rakyat yang akan bangun menentang kerajaan yang TULUS dan BAIK HATI ini!
Jadi kami nak nasihat pada Zahid Hamidi.Lebih baik Datuk Seri pergi siasat betul-betul mana pergi hilang ENJIN JET dan berapa banyak UNTUNG jual kapal selam oleh BROKER!
Itu kan dikira MERBAHAYA kepada keselamatan negara juga tu!Kerugian BESAR pulak lagi!Apa lagi tunggu!
No comments:
Post a Comment