Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok
KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.
Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
P/S:-Pandai sungguh Pihak Berwajib(KERAJAAN) bermain kata-kata.Dia kata subsidi barangan akan mula dikurangkan esok.Kita sebagai Pengguna dan Rakyat kena tahu 1 benda.Ianya adalah SAMA dengan KENAIKAN HARGA bagi barang-barang yang telah disebutkan diatas.Baru-baru ni harga RON97 naik.(masa BN sibuk menang di GALAS hari tu)Dan sekarang menyusul pula RON 95 dan DIESEL.Kalau semua benda ni naik harga,semua barang lain akan turut naik harga!
Minyak naik kali ni tak ada pulak kait dengan kenaikan harga minyak dunia!Macam mana pulak kena naik minyak padahal harga dunia tak naik pun?Dan untuk masyarakat Malaysia Amnya dan Rakyat Jerantut KHASNYA,kita semua perlu berterima kasih kepada kerajaan yang benar-benar telah membuktikan yang RAKYAT DIDAHULUKAN(rakyat kena dulu!)
Tahniah Rakyat Malaysia!
No comments:
Post a Comment