Pindaan ISA dilulus Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Beliau berkata, semua pindaan itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi ini tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.
"Pindaan kepada ISA dan akta-akta pencegahan telah siap dibincangkan antara pihak kementerian, Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara. Bagaimanapun ada beberapa perkara lagi yang kita perlu perhalusi berkaitan akta-akta berkenaan sebelum dibawa kepada kabinet," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat antara kementerian, PDRM dan wakil Peguam Negara Datuk Idrus Harun di Parlimen hari ini.
Pada Mac lalu, Kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda.
Ditanya mengenai pindaan yang dicadangkan dalam akta berkenaan, Hishammuddin berkata ia termasuk hak mengadakan perhimpunan secara aman.
"Jika keadaan aman bagi membolehkan perhimpunan diadakan, tidak ada sebab kita menghalangnya dengan terlalu banyak sekatan (manakala) layanan terhadap tahanan, tempoh penahanan, kuasa menteri...akan disesuaikan ikut keadaan hari ini," katanya.
Beliau berkata, kementerian akan terus mendekati golongan berkepentingan termasuk pembangkang dan Majlis Peguam bagi memastikan semua pihak memahami pindaan yang ingin dilakukan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
P/S:Macam-macam yang kita boleh baca dari kenyataan MDN ni,
1.Untuk kesekian kalinya,tahniah kepada rakyat 1Malaysia!Dan untuk jelasnya,ISA takkan dimansuhkan.Ianya cuma akan DIUBAHSUAI mengikut KUASA yang ada pada KERAjaan BN hari ini!
2.Beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dibentangkan.Agak-agaknya lah kan,perkara yang akan dikaji tu MENDATANGKAN keuntungan kepada SIAPA?Agak-agaknya lah?
3.Himpunan,kaedah tahanan,masa atau tempoh tahanan pula terpulang pada kuasa MENTERI. Agaknya apalah yang akan diputuskan oleh MENTERI tersebut?
No comments:
Post a Comment