Saturday, February 20, 2010

Kepercayaan terhakis??????????

Kalakau Untol keluar BN sertai pembangkang

TAMPARULI: Bekas Timbalan Menteri Buruh yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Tuaran mewakili Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Kalakau Untol, mengumumkan keluar daripada BN bagi menyertai pembangkang.

Serentak itu, Kalakau, 55, turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah (Sedco).

Walaupun tidak menyatakan secara khusus parti mana dalam pakatan pembangkang akan disertai, difahamkan beliau bakal menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Selepas ini, saya mahu terbabit dalam menyokong parti yang bernaung di bawah pakatan pembangkang, seterusnya membantu memberi penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya yakin kerjasama pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang bakal mewujudkan aliran dan sistem dwi-parti sebagai pesaing BN,” katanya pada sidang media di Kelab Tamparuli Sabah (KTS) di sini, semalam.

P/S;-Tahniah lah pada individu ini.dia dah pernah pegang jawatan besar dalam kerajaan BN.Dia nampaknya sanggup meninggalkan jawatan dan kuasa yang ada untuk bersama pembangkang.Jadi keyakinan orang ramai terhadap pakatan pembangkang(PR) bukanlah semakin merosot.Kalau tak,takkan orang dari Sabah pun nak masuk PKR?Sabah kan KUBU MAHA KUAT BN dan UMNO?Mana yang keluar tu,keluarlah.Yang minat nak masuk,silakanlah!Khairi Jamaluddin,bila lagi?

No comments: