Sunday, January 24, 2010

PENIPU BESAR!!!!!!!!!!!!!

Kelantan tolak tawaran anggotai panel royalti minyak

KOTA BAHARU 24 Jan. - Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. - Bernama

P/S :-mungkin ada orang yang akan mengatakan MB Kelantan ini tidak memikirkan kepentingan rakyat dibawah pemerintahan beliau.Tapi kami melihat perkara ini ada wajarnya.Kes seperti ini(WANG IHSAN) telah berlaku di TERENGGANU ketika PAS mengambil alih kuasa kerajaan negeri.Sebelum itu tiada wang ihsan tetapi ROYALTI. TAPI sebaik saja bertukar kerajaan negeri,pemberian ROYALTI diberhentikan dan diganti dengan wang IHSAN.Kalau UMNO kuat mengatakan yang mereka JUARA RAKYAT,tetapi kenapa antara negeri yang paling ramai orang melayu iatu Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mereka?Inikah contoh kerajaan yang jujur dan amanah kepada rakyat dan negara?Apakah ini contoh kerja KATA YANG DIKOTA?PENIPU BESAR!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

Awangmaseru said...

Ha ha haaa, kelantan takusah haraplah duit tu, gile umno nak beri duit tu, JPP kelantan lebih telus dalam kerja kerja menghabiskan duit royalty tu nanti. untungnyer jadi umno kelantan, kalah pru pun boleh tubuh kerajaan. rakyat boleh nilai sikap umno siut nih.