Tuesday, January 12, 2010

Lagi kecoh!

Masyarakat perlu bersikap rasional

BANDAR JERANTUT – Masyarakat akar umbi dan kepimpinan dilihat perlu lebih rasional dalam menilai dan menangani kemelut penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang hangat diperkatakan kini.

Pegawai Penerangan Daerah, Mohd Sanusi Ariffin berkata, kini isu berkenaan masih dalam proses untuk diselesaikan, dan tidak dinafikan apa yang berlaku mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan Muslim, lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini.

Menurutnya, dalam berhadapan situasi sebegini pelbagai masalah akan timbul namun peranan masyarakat untuk tidak memburukkan lagi keadaan perlu diberikan dengan berfikir dan bertindak secara lebih rasional tanpa mengikut perasaan.

“Jika masyarakat memilih untuk keamanan, perpaduan dan kesejahteraan, kemelut yang berlaku boleh dibantah namun hendaklah mengikut saluran yang betul tanpa perlu mencetuskan perkara tidak berfaedah.

“Tindakan merosakkan dan cuba membakar gereja yang dilakukan hanya akan memburukkan lagi keadaan, yang mana tindakan sedemikian juga menggambarkan seolah-olah masyarakat mengetepikan keamanan dan kesejahteraan semata-mata memenuhi perasaan marah dan tidak puas hati,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Saya merasakan perlu peranan pemimpin untuk mencari persepakatan dalam menangani permasalahan yang berlaku, supaya keputusan kelak benar-benar dapat melegakan semua pihak.

“Ini penting supaya apa yang dilakukan akan menepati kehendak semua, lebih utama ia berupaya memastikan perpaduan kaum kekal terpelihara, seterusnya kesejahteraan dalam negara dapat dikekalkan tanpa menjejaskan ekonomi, sosial dan politik,” katanya.

P/S :- Hah! tengok.semua orang tak setuju.Kita pun tak setuju.Tapi kadang-kadang isu2 seperti ini akan digunakan sepenuhnya untuk menutup cerita lain yang menarik minat orang ramai.Contoh seperti MISTERI kehilangan enjin jet,laporan buruk dari audit yang memeriksa kewangan negeri,pemimpin yang menyalahguna kuasa dan bermacam lagi.Nak tahu pemimpin buat apa?Nanti kami akan siasat!TUNGGU!

No comments: