Wednesday, January 13, 2010

Kisah Masyarakat........

Pesawah berdemonstrasi

KUALA ROMPIN – Kira-kira 50 penduduk mewakili 890 pesawah Paya Setajam Mukim Anak Endau di sini, membuat perhimpunan aman bagi mendesak Kerajaan Negeri menyerahkan geran hak milik tanah tanaman padi yang mereka usahakan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pesawah Paya Setajam, Md Salleh Md Dim, 59, berkata, sebelum ini Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, ketika melawat mangsa ribut pada April tahun lalu pernah bertitah memperkenankan permohonan pesawah terbabit dengan mengarahkan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Rompin supaya menyerahkan geran hak milik tanah tersebut.

Malah katanya, arahan itu dipersetujui pegawai daerah dan juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamalluddin Jarjis bagi membolehkan pesawah dari Kampung Setajam, Kurnia, Lantang dan Pianggu mendapatkan hak mereka.

“Kami antara penduduk awal yang berhijrah dan meneroka tanah di sini meminta agar PTD Rompin meluluskan segera geran seperti titah Sultan Ahlmad Shah ketika melawat mangsa ribut pada April lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.:

Md Salleh, berkata kawasan penanaman padi terbabit dibuka menerusi skim penggalakan tanaman padi pada 1978.

Menurutnya, kira-kira 1,000 peneroka rata-ratanya dari Kedah berhijrah ke sini bagi menyertai skim tersebut dengan keadaan sekitar kawasan itu yang dipenuhi hutan.

“Bayangkan ketika itu kawasan ini hutan belantara dan saya antara generasi awal bersama yang lain membanting tulang empat kerat kami meneroka kawasan ini untuk dijadikan jelapang padi.

“Sejak itu, kawasan ini menjadi antara pengeluar padi terbesar di daerah ini dan generasi awal peneroka mula mendesak kerajaan negeri memberikan geran hak milik sebagai jaminan masa depan termasuk untuk anak-anak.

Md Salleh meluahkan rasa kesal berikutan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas daripada Kerajaan Negeri biarpun Sultan Ahmad Shah sendiri menitahkan supaya diberi geran berkenaan.

Menurutnya, berikutan kegagalan memberi geran berkenaan, wujud masalah berbangkit termasuk berkaitan pemberian lesen menduduki sementara (TOL).

P/S :- Mungkin perkara ni nampak jauh dihujung negeri.Tapi ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri masih lagi banyak berlengah atau lambat dalam menangani masalah rakyat setempat.Sedangkan mereka mendakwa mereka adalah JUARA RAKYAT dan tradisinya ialah TRADISI MEMBELA RAKYAT.Rakyat mana yang dibela?Rakyat mana yang dijuarai?Mungkin negeri dan negara lain kut!Ada dengar lagi berita macam ni kat area sini?Cuba tengok betul2!Banyak juga rasanya!Satu lagi kemusykilan kami,bukan ke Ahli Parlimen mereka dah naik pangkat jadi DUTA ke Amerika?Sapa yang tolong handle?Tukar MP lain aje lah.Buat PRK baru kat ROMPIN tu.Biar rakyat pilih sendiri!

No comments: