Sunday, January 17, 2010

ISMAIL SABRI DAN GULANYA


SIK: (Bernama) Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg.

BERNAMA

P/S:
Nampaknya semakin banyak Pemimpin UMNO bercakap, makin ramai terzahir mereka yang rendah IQ yang jadi menteri.Mungkin kedepan ni DS Dato' Najib boleh tukar spesis seumpama ini. Gula di naikkan dari RM1.45 kepada RM1.65 dengan alasan mereka yang kena kencing manis telah menjangkau 1.2 Juta orang. Yb Ismail sabri jangan buat tak tahu,penyakit kencing manis ni bukan dengan sebab gula sahaja,Nasi pun boleh bawa kencing manis.Begitu juga dengan roti, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.Sebab itu jangan hanya dipersalahkan kepada gula sahaja.sebenarnya kenaikan harga gula tidak akan menyelesaikan masalah kencing manis.Kenaikan harga gula ini akhirnya menindas golongan-golongan bawahan. Contohnya peniaga warung, mereka buat air pakai gula, kuah-kuah makanan guna gula, roti canai dan sebagainya. Peniaga akan menaikkan harga makanan mereka dan yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli diperingkat bawahan.Untuk mengelak dari penyakit ini, kerajaan perlu menjalankan kempen dari masa ke semasa untuk menjauhkan dari penyakit ini.Saya ingat cara Yb Ismail ini adalah cara untuk mengaut untung dari kedhaifan rakyat yang sudah tentu memerlukan kepada bahan asas itu.

No comments: