Wednesday, January 20, 2010

Geng Jahat!

Kes SMS ugut tiga Adun 9 Februari

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan 9 hingga 11 Februari depan perbicaraan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang berdepan empat pertuduhan melakukan ugutan jenayah menerusi SMS tahun lalu.

Hakim, Mohd Khalid Ab Karim menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung semalam berikutan tertuduh tidak dapat hadir kerana dirawat diHospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) akibat menghidap tonsil dan demam panas sejak Jumaat lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah dengan niat menyebabkan kegentaran kepadanya di Kampung Kubang Parit, di sini, jam 11.20 malam, pada 13 April lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh di tempat dan tarikh sama.

Dia juga dituduh memfitnah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah.

Ulasan :-Sampai empat tuduhan ugutan.Jawatan pulak bukan sembarang,SU Politik bekas MB.Ugut pulak sesama UMNO.Lepas tu ada pulak fitnah satu pihak lagi.Tapi keputusannya kita sama-sama tunggu je lah.Yang pasti,geng2 ni memang jahat tak boleh nak gambar.Dulu geng deme ada yang bunuh sesama ADUN.Lepas tu bunuh(bom) ORANG LUAR.Kena kerat pun ada,tapi org lain la yang kerat.Raba dan buat tak senonoh jangan kiralah,macammakan nasi.Sebab Bekas Menteri pun buat jugak!Jangan lupa pulak kes tu.Nak cerita panjang sangat.Selalu-selalulah membaca,moga bertambah PENGETAHUAN!

Sumber Dari http://mtdpulautawar.blogspot.com/

No comments: