Tuesday, December 29, 2009

Rakyat dikeldai-kan untuk Cukai GST


JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)www.jerit,org
Rakyat dikeldai-kan untuk Cukai GST

Rang undang-undang GST sudahpun dibentang dalam persidangan Parlimen pada 16 Dec 2009 untuk bacaan pertama dan pembentangan kedua dijadualkan pada March 2010.

Sistem Cukai GST akan dimulakan dalam masa 18 bulan selepas pembentangan kedua di parlimen.

Cukai GST ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kerajaan mencadangkan kadar cukai 4% untuk Cukai GST dan berjanji memberikan pengecualian terhadap barangan asas seperti makanan.


Namun ini adalah beberapa persoalan yang perlu kita teliti:


1. Mengapa Kerajaan Malaysia mahu perkenalkan Cukai GST di Malaysia?

Berdasarkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Malaysia perlu setanding dengan Negara membangun dan negara maju yang lain yang sudahpun mempunyai cukai GST. Singapura, Australia, Thailand, China dan Negara Eropah adalah antara negara yang sudahpun mengamalkan cukai GST. Oleh itu amat penting untuk Malaysia ikut peredaran masa agar tidak ketinggalan. Tambahan pula sumber yang diperolehi dari cukai korporat, cukai pendapatan dan wang royalti petrol tidak mencukupi bagi perbelanjaan kerajaan dan terpaksa berhadapan dengan bajet defisit.


2. Mengapa Malaysia kekurangan sumber kewangan apabila ia adalah salah satu negara yang kaya dengan sumber alamnya?

Malaysia sememangnya mempunyai sumber alam seperti petrol, kelapa sawit, getah, bijih timah, dan tanah pertanian subur. Namun segala wang ini telah dibelanjakan dengan mewahnya untuk membina bangunan-bangunan seperti menara berkembar Petronas, Putrajaya , Iskandar Malaysia yang eksklusif bagi golongan yang berpendapatan tinggi, kaya dan ahli politik. Tidak lupa juga projek mega yang terbengkalai seperti jambatan bengkok di Johor yang berharga RM600 juta.

Rasuah juga antara satu faktor yang kerajaan bertambah miskin dan ahli BN bertambah kaya. Amalan korup didalam kerajaan yang sudah lama berlaku , menjadikan Malaysia ditangga nombor 10 dalam senarai negara paling korup di Asia Pasifik.

Maka, sudah tentulah dana kewangan kerajaan menghadapi masalah. Rasuah dan pembaziran wang harus dihentikan untuk mengatasi masalah ini, bukannya perkenalkan cukai baru.


Adakah pengimplementasian cukai GST akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan?

Cukai GST akan menambahkan lagi beban dan menyukarkan hidup rakyat biasa yang terpaksa membayar nilai tambahan bagi barangan dan perkhidmatan. Wang yang dikerah dari rakyat melalui cukai GST dianggarkan dapat memberi pendapatan sebanyak satu billion untuk setahun kepada kerajaan. Pulangan ini dikatakan akan digunakan untuk projek yang bermanfaat kepada rakyat.


Teramat naïf dan bahlulnya kita rakyat Malaysia jika mempercayai janji kerajaan ini. Apa yang boleh diharapkan pada kerajaan yang telah dan masih menswastakan hampir semua agensi kerajaannya dengan alasan kurang keefisienan dalam pentadbirannya.

Untuk artikel penuh sila lawati website JERIT www.jerit.org

No comments: