Tuesday, November 10, 2009

Bai'ah Pas sudah lama berlaku - Adnan

10/11/2009 4:24pm

KUANTAN 10 Nov. — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, amalan bai”ah atau akujanji di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

Menurut Adnan, perkara itu diketahuinya sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas menerusi beberapa kenalannya daripada parti Pas yang menjadi wakil rakyat.

"Perkara ini perkara lama, terpulanglah kepada rakyat menilainya. Bai”ah itu meletakkan isteri sama dengan kerjaya politik, itulah rendahnya martabat wanita di kalangan kepimpinan Pas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Petrosains DinoTrek 2, di sini, hari ini.

Adnan secara sinis berkata, kepimpinan Pas tidak perlu risau wakil rakyat mereka akan keluar parti itu kerana mereka amat menyayangi isteri mereka.

"Saya pernah memujuk mereka (wakil rakyat terbabit) sertai Barisan Nasional, mereka kata tak boleh, kalau mereka keluar parti akan jatuh talak tiga, isteri mereka kena berkahwin dengan orang lain dulu sebelum dapat bersama semula dengan mereka,” katanya. - Bernama

P/S:- Ikut pengalaman tahun 1999-2003,takde lagi YB PAS keluar dari parti.Tgk kata Datuk Seri(hormat sebab dah tua)Adnan,perempuan ni sama rendah ngan politik.Jadi politik ni pada UMNO rendah lah.Mungkin cuma untuk cari makan je agaknya.Pada kami,politik adalah benda yg penting,kerana dengan kuasa kita boleh melaksanakan dasar,cara memerintah dan cara hidup.Tapi mungkin UMNO BN tak anggap politik utk semua ni.Mungkin utk makan pakai sahaja.Nabi dulu pun perlu kuasa untuk memerintah.Jadi politik ni penting lah!Amacam?

No comments: