Wednesday, October 7, 2009

TIPU LAGI!!!!!!!!!!!!!

BN kukuh jika komponen amal perkongsian bijak - Muhyiddin

KUCHING 6 Okt. — Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membina kesepakatan dan perkongsian bijak bagi membolehkan gabungan itu kekal bersatu dan kukuh bagi menghadapi sebarang cabaran.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan semua parti komponen BN supaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh, bersatu dan baik kerana kekuatan ini penting untuk menghadapi pelbagai bentuk cabaran pada masa akan datang.

“Oleh sebab itu, dalam situasi dan keadaan mana sekalipun, kita jangan mengabaikan kepentingan hubungan baik (antara komponen parti BN) ini,” katanya ketika pada majlis ramah tamah di sini hari ini serta merasmikan mesyuarat perwakilan 12 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam zon Kuching. - Bernama


P/S:- Aik?kata tak ada selisih faham dalam BN?Ini macam pesanan jaga hubungan dalam BN ni.Kalau tak gaduh buat apa pesan macam ni?Mesti ada udang sebalik batu ni!Jangan nafi la,sesama UMNO ada bergaduh,dalam MCA ada selisih,dalam MIC ada telingkah,dalam PPP ada pertikaian. Nama je lain-lain, maksud tetap sama!Memang BN sedang dilanda berbagai masalah!Bukan setakat antara parti,dalam parti yang sama pun gaduh juga!!Ini lah lemahnya pentadbiran Najib dan kuncu-kuncunya!!!

No comments: