Saturday, October 31, 2009

KEMUKA BUKTI SEBELUM TUDUH PRO-UMNO


( Ulasan terhadap kenyataan Ust Nasruddin Hj Hassan
dalam akhbar Sinar Harian)


SHAH ALAM – Pihak yang menuduh beberapa pemimpin Pas pro-UMNO perlu mengemukakan bukti yang kukuh sebelum berbuat demikian kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan perpaduan dalam parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana tidak memberikan bukti yang kukuh dalam hujahnya.

“Beliau boleh memberi pandangan secara umum tetapi tidak boleh melabelkan mana-mana pemimpin parti sebagai pro-UMNO. Apa bukti yang menunjukkan pemimpin-pemimpin berkenaan pro-UMNO?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Mohd Khairuddin berkata, dakwaan mengatakan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai memihak kepada UMNO kerana idea Kerajaan Perpaduan bersama parti itu, adalah tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak nampak bahawa Abdul Hadi seorang yang pro-UMNO kerana beliau antara pemimpin yang menjayakan kerajaan pakatan. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula hanya memberikan cadangan untuk menjaga integriti kakitangan awam,” katanya.

Menurutnya, Muktamar Agung Khas (EGM) juga tidak perlu diadakan memandangkan tidak ada isu besar yang perlu dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan berkata, masih ada cara lain untuk menyelesaikan masalah selain mengadakan EGM.

“Pertama sekali mesti balik kepada semangat berjemaah dan bermesyuarat dalam parti. Apa saja keputusan dan tindakan mestilah bersama,” katanya.

Ulasan : Saya sokong kenyataan yang dibuat oleh Saudara Khairuddin Othman dan Saya juga menyokong pandangan yang telah dikemukakan oleh Ust Nasruddin Hassan dalam apa jua keadaan kita perlu kembali ke semangat berjemaah dan bermesyuarat.Kerana masalah yang diselesaikan melalui mesyuarat akan mendapat :

1) Menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan Allah mempercepatkan rahmatnya turun ke bumi.

2) Hasil daripada mesyuarat kita mendapat keberkatan wahyu.

3) Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak rugi mereka yang melakukan solat istikharah untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan

4) Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.

5) Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal dengannya Allah SWT akan menghantar malaikat untuk menyertainya.

Apabila kita kemukakan masalah dan kelemahan kita didalam mesyuarat maka musuh tidak akan tahu kelemahan dan masalah kita.Kerana apabila mereka tahu kelemahan dan masalah kita, mereka akan menyerang kita maka dengan itu terbantutlah gerakkerja kita dan masa kita juga terbuang kerana ingin menjawab kembali serangan mereka.

No comments: