Tuesday, October 20, 2009

Ibrahim patut nilai diri

PUTRAJAYA 19 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali boleh menilai diri sendiri sama ada layak untuk menyertai semula UMNO.

Ini kerana, jelas beliau, Ibrahim pernah menganggotai parti itu dan sepatutnya lebih memahami budaya serta hala tuju UMNO.

‘‘Terpulang kepada UMNO untuk putuskan.

‘‘Tengok juga tingkah laku dia (Ibrahim), dia pernah berada dalam UMNO sebelum ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ibrahim menyuarakan hasrat tidak menolak kemungkinan menyertai semula UMNO jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib orang Melayu dan bumiputera.


P/S:-Tengok ni!Orang kalau dah tak boleh pakai,jangan ambik dia!Bawak masalah aje!Kita semua dah tahu macamana perangai Bang Berahim ni,jangan dilayan lagi dah!Orang jahat pun dah tak percaya ke dia ni.Biar dia hanyut dengan labu-labunya!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: