Tuesday, September 15, 2009

MIC perlu minta maaf

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.

Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika pun ada perkara yang tidak dipersetujui dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu atau mana-mana pemimpin sekalipun, seharusnya asal usul, peradaban dan nilai sesuatu bangsa tidak harus dilupakan.

Beliau mengulas cadangan seorang perwakilan MIC yang mahu meletakkan kalungan selipar pada gambar Dr. Mahathir ekoran rasa tidak puas hati mereka dengan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa telah mencampuri urusan MIC.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu BN mengambil tindakan sekiranya pimpinan MIC membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja demi menjaga kerukunan dalam BN.

''Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindak tanduk seperti ini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya. Hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta- minta.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan itu sangat kurang ajar dan melampau kerana ia penghinaan kepada Dr. Mahathir yang menjadi pemimpin untuk semua kaum di negara ini bagi satu tempoh yang lama.

''Perwakilan MIC sudah menunjukkan tahap kurang matang dalam menyatakan pandangan. Memainkan isu seperti ini menghadirkan rasa marah orang Melayu.

''Justeru saya mendesak MIC mengambil tindakan disiplin kepada perwakilan terbabit dengan menggantung keahliannya serta merta kerana BN tidak memerlukan ahli seperti itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dalam kenyataan akhbarnya turut mendesak MIC meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir, orang Melayu dan ahli UMNO keseluruhannya.

''Saya cabar Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, jika dia benar-benar ikhlas supaya memohon maaf bagi pihak MIC di atas sikap kurang ajar perwakilan tersebut.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyelar cadangan perwakilan tersebut yang disifatkan sebagai lupa diri dan umpama orang hilang ingatan.

''Ternyata masih ada kalangan anggota MIC yang dibelenggu denial syndrome sehingga tergamak mengemukakan cadangan seperti itu.

''Sedangkan mereka sendiri tahu di mana kedudukan masyarakat India di negara ini sejak lebih 20 tahun diterajui oleh pemimpin tersebut,'' katanya.


P/S :-Huih...Macam-macam komen yang keluar.Ramai betul hero nak cover Tun ni.Bertuah la dia. Berbagai-bagai komen ada kat sini.Merekalah pejuang melayu sebenar,tulen dan asli.Tapi untuk orang tertentu aje lah.Bukan masyarakat Malaysia seluruhnya.Sebab tu ada yang kaya melampau-lampau,yang miskin sampai melarat.Tapi orang Malaysia dah ramai yang sedar.Tahniah!Moga tidak terus tertipu dengan WAYANG UMNO ini.

No comments: