Tuesday, August 11, 2009

Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan.



1 MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ekoran kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bermula esok, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta pengguna supaya mengubah gaya hidup dengan tidak terlalu banyak memasang peralatan elektrik secara serentak pada satu-satu masa bagi mengurangkan caj.

Sehubungan itu mereka juga menggesa sektor industri supaya membuat penyesuaian serta menyusun semula operasi bagi menjimatkan kos.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata kenaikan tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini kerana kebanyakan tenaga elektrik di negara ini dijana dengan kedua-dua bahanapi tersebut.

Pengarah Komunikasinya, Yusof Abdul Rahman berkata, bagaimanapun golongan berpendapatan rendah tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif itu selagi mereka menggunakan elektrik di bawah kadar 200kw/j sebulan.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan penjelasan terperinci mengenai kenaikan tarif elektrik supaya pengguna dapat melihat bagaimana tarif baru itu ditentukan agar mereka boleh berjimat.

Koordinator Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata justifikasi tarif baru harus diperjelaskan dengan memberikan contoh seperti berapa caj yang dikenakan sekiranya sebiji mentol dibiarkan terpasang selama satu jam.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) Datuk Raja Nong Chik menyifatkan tarif elektrik itu akan menjejaskan perindustrian terutama perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang belum kukuh.

"Tarif baru ini akan menyebabkan kos operasi perniagaan meningkat dan peniaga terpaksa menyerapkan kenaikan ini kepada pengguna dengan menaikkan harga barang," kata Raja Nong Chik.

Di bawah tarif itu, TNB menetapkan tarif bagi kediaman sebanyak 21.8 sen bagi penggunaan 200 kilowatt jam kWj pertama manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya dan pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

Bagaimanapun bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi daripada 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus.

-- BERNAMA


Setelah mendengar ceramah oleh Naib Presiden PAS,YB Dato' Mahfuz Omar baru-baru ini saya terfikir akan kebenarannya.
1 Malaysia(kena bayar),Rakyat Didahulukan(kena bayar dulu) dan Pencapaian Diutamakan(Syarikat Besar)
APA PANDANGAN ANDA?

2 comments:

.@blogger.com said...

Salam ziarah tuan, saya blogger dari jerantut, dh baca blog saya?
http://braveheart-blogger.blogspot.com

DPP JERANTUT said...

Salam kembali.Baru baca.Menarik juga.