Wednesday, August 19, 2009

Bergaduh.......

Saya dapat email dari kawan pasal hal ni.Dia suruh pikir apa agaknya yang akan terjadi.Mungkin lambat sikit,tapi tak settle betul lagi ni!

Kayveas diisytihar Presiden sah PPP

PUTRAJAYA 12 Ogos - Datuk M. Kayveas diisytiharkan sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah selepas siasatan mendalam dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan juga mendapati pemecatan keahlian Senator Datuk T. Murugiah mengikut perlembagaan parti.

Kayveas dipilih sebagai Presiden PPP berdasarkan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi penggal 2005-2010 dalam Perhimpunan Agung PPP pada 2 Oktober 2005.

''Prosedur pemecatan Murugiah adalah sah mengikut perlembagaan kerana ia termaktub di bawah perlembagaan parti,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Serentak itu, kata Hishammuddin, pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP melalui mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 24 Mei lepas tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi perlembagaan parti.

Antara sebabnya kerana EGM yang dipanggil tidak mewakili dua pertiga PPP cawangan yang berdaftar di ROS; permohonan untuk mengadakan EGM tidak dibuat melalui Setiausaha Agung parti; EGM juga tidak dibuat melalui Pengerusi Tetap selepas Setiausaha Agung.

Perwakilan yang hadir pada EGM berkenaan terdiri daripada PPP cawangan yang tidak mempunyai rekod pendaftaran dengan ROS.

Mengulas lanjut perkara itu, Hishammuddin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan kedua-dua pemimpin tersebut dan mereka menerima keputusan ROS dengan baik.

Saya dalam hal ni tak pasti lah terima baik ke tidak.Takut esok lepas Chua Jui Meng dengan Subramaniam ada pulak ahli baru masuk PKR.Ada kemungkinan ke?BN sibuk jaga parti orang.Sesama dia bergaduh lagi teruk.Apa pendapat anda?



No comments: