Friday, May 1, 2009

KETUA PEMUDA JERANTUT BERTUKAR TANGAN

U.Fadhli menyampaikan cenderamata kepada perasmi

Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut baru sahaja menyelesaikan mesyuaratnya pada 25 april 2009 di dewan mesyuarat KIAS, Kg Temin Jerantut. Kali ini Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut membuat perubahan secara besar-besaran setelah ketuanya Ust Fadhli Ibrahim berpindah ke Kuantan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan bagi sessi 2009-2011.

Jawatan ketua, timbalan dan naib dipilih secara syura, dimana Sdr Aliasak b. Abdul Latif telah dipilih sebagai ketua, manakala timbalannya disandang oleh Sdr Maslidi b. Desa dan Naibnya ialah Sdr Mohd Syarif b. Abdul Rani. Setiausaha disandang oleh Sdr Shuib b. Kamaruzzaman, Bendahari disandang oleh Sdr Ridhwan Hj Daud dan Ketua Penerangan disandang oleh Sdr Suhaimi b. Yusuf.

Jawatan pengerusi tetap telah disandang oleh Sdr Sazali Awang Damit dan timbalannya disandang oleh Sdr Rozi b. Yaakob dari Pulau Tawar.

Mesyuarat agung kali ini telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Jauhari Ishak selaku Exco Dewan Pemuda Pas Pahang merangkap Ketua dewan pemuda pas kawasan Temerloh.

No comments: