Saturday, October 11, 2008

MB PAHANG DI ARAH KE MAHKAMAH 14 OKTOBER INI


SUMBER: www.sidangonline.net

KUANTAN: Kes saman sebuah syarikat pembalakan berjumlah RM60 juta terhadap Kerajaan Negeri Pahang memasuki episod baru apabila Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob atau wakilnya dikehendaki hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 14 Oktober ini. Add Video


Menurut Pengarah syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM) Syed Ali Badaruddin Syed Osman, prosedur tersebut merupakan notis penguatkuasaan yang diperolehi syarikatnya daripada Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lalu setelah kerajaan negeri gagal membayar RM60 juta sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan.


Tindakan tersebut juga dipercayai diambil ekoran sikap kerajaan negeri yang enggan mempedulikan keputusan mahkamah yang mengarahkan pembayaran saman tersebut sebelum ini atau mengadakan sebarang perbincangan dengan syarikat terbabit.


Menurut Syed Ali, melalui notis penguatkuasaan tersebut, Menteri Besar atau wakilnya iaitu Penasihat Undang-Undang Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri perlu hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pada tarikh tersebut.

No comments: