Friday, August 1, 2008

HARGA PETROL IKUT HARGA DUNIA MULAI 1 SEPT


Aug 1, 08 7:22pm

Berkuatkuasa 1 Sept ini, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Perdana menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan."Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,"
katanya dalam satu kenyataan.Menurut Bernama, Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah yang menunjukkan trend menurun.Selasa lepas, harganya US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.
Harga minyak mentah dunia US$125 setong ketika kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak pada 5 Jun dengan subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter.Menjelang 8 Jun, harga minyak mentah meningkat secara mendadak kepada US$139 setong.Abdullah berkata walaupun harga petrol sepatutnya dinaikkan sebanyak 40 sen seliter, kerajaan telah membuat ketetapan untuk mengekalkan harga petrol dan memberi jaminan pada 11 Jun bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
(Sumber Malaysiakini.com)

No comments: