Wednesday, August 20, 2008

BN GALAK MAKSIAT


"Didikan seks di kem PLKN tahun depanSlot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.


Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor Bernama.Skop pengajaran modul itu yang dikenali 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi."Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," Dr Ng dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2008 hari ini.

Ng berkata kebanyakan remaja mendapat pengetahuan seks daripada saluran tidak rasmi, termasuk perbualan dengan kawan dan maklumat daripada Internet."Sesetengah maklumat ini kurang tepat," katanya.Ng berkata kementeriannya bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan "modul kebapaan" bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Menurut kajian, lelaki didapati tidak begitu mahir menghadapi tekanan hidup berbanding wanita."Mereka enggan meminta bantuan daripada pakar runding sebaliknya menyimpan emosi sendiri sehingga akhirnya membawa kesan negatif seperti menimbulkan pelbagai masalah sosial," katanya, lapor agensi berita itu.
(Sumber Tranungkite.net)

No comments: