Bukan DSAI dan Saiful sahaja, Najib pun perlu ber “mubahalah”
Ramai rakyat Malaysia termasuk bloggers nampakya sudah mula muak dan bosan berhubung isu-isu politik sensasi yang banyak menggerhanai kemelut hidup rakyat yang lebih besar dan menyiksa itu. Rakyat terbeban dan sengsara dengan kos hidup yang semakin menghimpit dan menyiksa hidup mereka, tetapi tuduhan dan fitnah antara sesama orang politik pula nampaknya mendapat liputan meluas dan mencuri perhatian media.Di Parlimen rakyat (melalui wakil-wakil mereka) sedang membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 9, yang fasanya kini diliputi oleh keadaan kelam yang menyelubungi kehidupan rakyat. Sementara itu kos barangan dan perkhidmatan terus menerus naik dari hari ke hari.
Yang terserlah di hadapan kita bukannya langkah-langkah penyelesaian atau lorong-lorong mengatasi masalah itu tetapi sebaliknya rakyat disuakan dengan tuduhan liwat terhadap DSAI dan satu lagi tuduhan yang TPM Najib Tun Razak berzina dan meliwat Altantuya Shaaribu yang kes bunuhnya sedang dibicarakan di mahkamah.
Maka orang-orang agama yakni para alim ulamak turut terjebak dalam kes-kes ini apabila masing-masing mengeluarkan pandangan dan hukum agama berkaitan pertuduhan-pertuduhan ini. Dari Mufti Perlis, Mufti Perak dan Selangor sehinggalah Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS masing-masing memberikan pendapat dan cadangan.
Yang ketara hari ini, yang menuduh dan dituduh masing-masing disarankan agar ber MUBAHALAH, yakni bersumpah dengan menyebut:
Jika saya melakukanya, laknat Allah kepada saya, jika saya tidak melakukannya laknat Allah kepada yang menuduh dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya.
Saya lihat fokus MUBAHALAH ini nampaknya hanya tertumpu kepada kes DSAI dan Saiful sahaja sedangkan kita sebenarnya berhadapan dengan dua kes tuduh-menuduh. Mengapa tidak sementara mereka (DSAI dan Saiful) berfikir samada mahu atau tidak melakukannya, kita alihkan perhatian pula kepada TPM Najib Tun Razak dan pihak yang menuduhnya berzina dan meliwat Altantuya (pihak yang dimaksudkan berkumpul di Ibupejabat PKR pada 3 Julai lalu).
Nampaknya pihak media arus perdana sedang memain peranan untuk mengistilahkan pertuduhan terhadap Najib sebagai satu fitnah, TV3 siap memperdengar bacaan ayat-ayat suci al Quran yang berkaitan semasa siaran beritanya semalam. Saya secara peribadi juga setakat ini menganggap pertuduhan terhadap Najib itu satu fitnah, tetapi mengambil iktibar dari cadangan para alim ulamak kita, saya dengan tulus ikhlas menggesa agar beliau tampil ke hadapan dan memulakan MUBAHALAH bagi pihak diri beliau yang dituduh dengan tuduhan yang sangat berat itu.
Saya fikir Najib Tun Razak tidak akan ada halangan untuk melakukannya dan jika jelas beliau benar difitnah, inilah masa dan ketika paling baik untuk beliau melakukannya. Saya yakin jangankan Mufti Perlis, Perak atau Selangor, Tok Guru Nik Abd Aziz atau Tuan Guru Hj Abd Hadi pasti boleh hadir membantu dalam urusan berkenaan.
No comments:
Post a Comment