Monday, July 28, 2008

KRONOLOGI KRISIS KERETA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis oleh SM Noor

Monday, 28 July 2008

Krisis terbaru yang melanda pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Terengganu bermula pada 20 Julai lalu, apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan

membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor baru bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Apabila perkara tersebut didedahkan oleh media dan mendapat reaksi negatif, Menteri Besar (MB) Terengganu Dato' Ahmad Said membuat justifikasi tindakan kerajaan membeli kereta mewah itu adalah usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Berikut adalah catatan kronologi krisis tersebut sehingga hari ini;

Tarikh

Peristiwa

20 Julai

- Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Dato’ Mokhtar Nong menyatakan

keputusan kerajaan membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor baru bagi

menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi yang akan

digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan.

- Menteri Besar (MB) Terengganu Dato' Ahmad Said membuat justifikasi tindakan

kerajaan membeli kereta mewah itu adalah usaha menjimatkan kos perbelanjaan

tahunan, dan dibeli bukan dengan duit royalty minyak

21 Julai

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membawa

perkara tersebut untuk dibincangkan dalam kabinet kerana keputusan itu adalah

melanggar dasar kerajaan yang mengkehenddaki semua kementerian kerajaan pusat

dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.

22 Julai

- Setelah mendapat reaksi negatif dari rakyat negeri Terengganu, Pejabat MB

Terengganu mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan kerajaan

Terengganu dan mendedahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membayar kos tinggi

untuk menyenggara kereta Perdana V6 Executive sejak 2004 hingga 2008.
- Kenyataan itu menyebut contoh penyenggaraan dua kereta Proton Perdana V6 terlalu

tinggi, mencecah RM175,229.97 dan menyatakan kereta Perdana V6 Executive yang

pernah digunakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh

mencatatkan kos tertinggi senggaraan berjumlah RM235,123.08

23 Julai

- SUK membuat penjelasan bahawa penyelenggaraan kereta Idris berjumlah

RM131,449.83 bukannya RM235,123.08 dan perbelanjaan keseluruhan

penyelenggaraan 16 kereta digunakan Exco serta pegawai tinggi kerajaan negeri

dalam tempoh empat tahun adalah RM1,071,668.82,

- Mesyuarat kabinet memutuskan bahawa kerajaan Terengganu tetap mesti

menggunakan kereta nasional dan tidak dibenarkan menggunakan kereta Mercedes

walaupun ia telah dibeli.
- MB Ahmad Said menggesa kerajaan pusat menarik balik pekeliling Perbendaharaan

Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) sekiranya tindakan kerajaan Terengganu

menggunakan Mercedes adalah melanggar kandungan Pekeliling Perbendaharaan

Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul

Samad berkata kerajaan Terengganu tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang

dalam negara kerana mengikut Arahan Penbendaharaan ia tidak membabitkan kereta

tetapi kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.

24 Julai

- Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan

berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan keatas salah sebuah kereta Proton

Perdana V6 Executive kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97

sebuah sepanjang empat tahun, kerana jumlah tersebut adalah terlalu besar.

- Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mokhtar Nong mengesahkan empat

pemandu Exco Kerajaan Negeri Terengganu disoal oleh Badan Pencegah Rasuah

(BPR) berkaitan kos ‘terlampau’ penyenggaraan Proton Perdana V6.

- Pedana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Terengganu

perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk kegunaan

Exco Kerajaan Negeri. Abdullah berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah

membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan

digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu.

- MB Ahmad Said berkata isu pembelaian kereta Mercedes selesai mengikut

fahamannya setelah berjumpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

25 Julai

- Idris Jusoh melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan

berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6

Executive yang pernah digunakannya.

- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya, Seni dan Warisan Negeri

Terengganu, Dato’ Za’abar Mohd Adib melanggar arahan Perdana Menteri,apabila

menghadiri Pesta Bunga Malaysia pertama di Johor Bharu dengan Mercedes baru

- Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil lima orang lagi untuk memberi

keterangan berhubung kes perbelanjaan penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive

menjadikan kesemuanya sembilan orang telah dipanggil.

26 Julai

- Setiausaha Politik MB, Ahmad Nizam menyifatkan tindakan Idris melantik peguam

dalam isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan adalah suatu tindakan

yang tidak kena.

- BPR telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan

pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos

penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.
-
Proton bertindak hantar pasukan audit, gantung pusat servis EON

27 Julai

- Tiga pemilik bengkel kereta turut ditahan BPR membantu siasatan kes berkenaan.

- Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mokhtar Nong mendedahkan empat pusat

servis utama yang digunakan oleh ahli-ahli Exco dan pegawai kanan negeri ialah Pusat

Servis EON, Tenaga Setia Service Sdn. Bhd., Pusat Servis Ranaco dan AMBL

Services.

- MB Ahmad Said berkata Ahli Exco dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan

menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat

sementara waktu sehingga selesai siasatan kes selesai

- Pendedahan media berhubung isu penggunaan Mercedes E200 Kompressor sebagai

kenderaan rasmi Exco Terengganu bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6

Executive menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pemimpin UMNO

Terengganu



No comments: