Saya tidak melihat program dan aktiviti seperti ini wajar dimasukkan sebagai agenda PROTES yang akan berlangsung pada 6. 7 .08 kelak .
Kelak Rakyat bagai dipermain dan dipersenda . Mereka hadhir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak . Mereka bukan datang untuk berhibur !
Rata – rata rakyat di seluruh negara menanti – menanti saat 6 . 7 . 08 untuk turun berdemonstrasi , membawa perasaan yang kesal dan marah terhadap kerajaan UMNO dan BN yang menzalimi rakyat . Itulah demonstrasi ! Tunjuk Perasaan !
SAYA BERSETUJU DENGAN PENDIRIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH AL-FADHIL UST NASRUDDIN HASSAN TANTAWI YANG MENDESAK SUPAYA DIGUGURKAN KONSERT YANG TIDAK MEMBERI MENAFAAT INI.
BAGI SAYA KENAIKAN HARGA MINYAK SELAIN DARIPADA MENINDAS RAKYAT, IA JUGA ADALAH MALAPETAKA DARI ALLAH SWT HASIL DARI PEMERINTAHAN UMNO DAN BN YANG BANYAK TERSASAR DARI AJARAN ALLAH SWT
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM TURUN BERDEMONTRASI PADA 6 JULAI INI ADALAH TERMASUK DALAM IBADAH. KENAPA PERLU KEPADA KONSERT SEPERTI GAMBAR DIATAS? YANG SUDAH TENTU JAUH DARI NILAI-NILAI AKHLAQ ISLAMI.
SAYA BIMBANG, SELAIN DARI UMNO YANG BAWA BALA ALLAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA, SECARA TIDAK SEDAR KITA JUGA MENGUNDANG BALA ALLAH SWT DITENGAH-TENGAH MENENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK INI.
( INI ADALAH PANDANGAN DARI KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERANTUT www.fadhlibrahim.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment