Wednesday, September 28, 2011

Ini kerja mereka rupanya.........


Saya petik:

[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.


"Kami mahu menghapuskan kuota
tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.


Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".


"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.


Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.


"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.


Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.


Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.


"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.


"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.
Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.

(Dari Blog DCM)


PS:-Ooooooooo,ini kerja mereka rupanya.Tapi tentu sahaja hal ini tidak diambil berat oleh orang Melayu dalam Malaysia,lebih-lebih lagi di Jerantut ni.

Mungkin mereka lebih suka dan bersemangat untuk membuat LAPORAN POLIS tentang Mat Sabu yang membicarakan tentang Komunis dan Bukit Kepong.

Atau mungkin juga tentang HUDUD di Kelantan dan pertikaian antara PAS dengan DAP.

Tapi yang pasti mereka tidak akan ambil kisah pasal HAK mereka yang makin lama makin terhakis oleh tindakan PEMIMPIN yang mereka PILIH sendiri.

Dan mereka juga mungkin tidak akan sedar tentang KOS SARA hidup yang makin lama makin meningkat.

Dan selepas ini mereka terutama sekali kakitangan kerajaan akan terus lena dengar berita kenaikan gaji dalam BAJET yang akan datang.

Hai,selamat lah semuanya.SELAMAT TIDUR DAN TERUS BERMIMPI!!!!!!!!

Saturday, September 24, 2011

Pengkhianat yang sebenar!!!!!!!!!!!!

Jadikan Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia bahasa ilmu


BUKIT TINGGI, Sumatera Barat — Para wartawan dan budayawan Malaysia dan Indonesia diajak untuk bersama-sama mengangkat martabat bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia menjadi bahasa ilmu, kesenian dan komersial.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika membuat gesaan itu berkata, peningkatan taraf kedua-dua bahasa pertuturan 300 juta manusia di kawasan Asean itu, akan menjadikan ia bahasa yang dihormati di peringkat antarabangsa.

"Marilah Badan-badan bukan kerajaan, terutamanya badan budayawan dan persuratan kita perteguhkan kembali itu, jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Bahasa Indonesia mesti mencari jalan agar bahasa kita mempunyai lunas-lunas am dan lunas-lunas istilah yang terpakai di seluruh nusantara ini,” katanya di sini Sabtu.

Beliau berucap pada acara Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia 2011, yang disertai tokoh-tokoh wartawan dan budayawan kedua-dua negara. Acara itu dirasmikan Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring.

(Lanjut di sini)

P/S:-Sebelum dari ini pemimpin UMNO adalah yang paling bersetuju apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hendak dilaksanakan.

Tapi sekarang kenapa berubah?

Yang nyata PPSMI itu telah terbukti gagal terutama sekali di luar bandar seperti Jerantut ini.

Adakah perbuatan menyokong PPSMI itu adalah tindakan bagi menaikkan Bahasa Melayu supaya menjadi lebih gagah da berkualiti?Mana perginya paksi perjuangan UMNO itu sendiri yang mana menyatakan akan mempertahankan Bahasa Melayu?

Ternyata mereka akan lebih terarah dalam mencari keuntungan berbanding dengan berbakti kepada rakyat Melayu.Tidak benarkah ini?

Kegagalan PPSMI memberi kesan kepada siapa secara total?Cina kah atau India kah?

Dan sekarang mereka lebih suka berbicara pula tentang HUDUD yang ingin dilaksanakn di Kelantan.

Adakah ini cara mereka memperbaiki KEADAAN?

Saturday, June 25, 2011

Kenyataan Rasmi Ketua DPP Pahang

HIMPUNAN BERSIH SELARAS AJARAN ISLAM, PEMUDA PAHANG HANTAR 14,000 PEMUDA



Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.

Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.

Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?!

Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.
Sekian kenyataan saya,

SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

Thursday, June 16, 2011

Pengganas atau Pejuang??????

Abu Bakar Ba'asyir dihukum penjara 15 tahun

Abu Bakar Ba'asyir

JAKARTA: Tokoh ulama Indonesia Abu Bakar Ba'asyir hari ini dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah terbabit dalam latihan ketenteraan kumpulan pengganas di Aceh.

Pemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) itu disabit dengan kesalahan merancang dan menggerakkan latihan ketenteraan bersama Dulmatin alias Joko Pitono yang ditembak mati oleh polis tahun lalu.


Beliau juga didapati bersalah mengumpul dana untuk membiayai latihan itu dan menghasut peserta supaya melakukan tindakan keganasan.

"Saya menolak kerana keputusan ini zalim, menyalahi syariat Islam. Haram bagi saya menerima hukuman ini," katanya.

Terdahulu, pasukan peguambela beliau memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

(Cerita lanjut di sini)

P/S:Inilah nasib seorang Islam di tanah airnya sendiri.Bukanlah kami ingin menggalakkan keganasan ataupun peperangan.Tetapi ada beberapa perkara yang boleh kita lihat di sini.Antaranya:-

i)Beliau adalah seorang dikira alim.Sudah tentu ada alasan untuk beliau bertindak demikian.Adakah mungkin ianya hanya setakat merampas kuasa atau ingin memegang tampuk pemerintahan?Kami tidak rasa begitu.

ii)Di negara kita juga pernah berlaku berlaku penentang terbuka golongan berpendidikan agama. Antaranya adalah tokoh seperti Abdul Rahman Limbung,Tok Gajah,Mat Kilau,Tok Janggut dan beberapa ramai lagi tokoh.Mereka menentang penjajah tapi diLABELKAN sebagai PENGGANAS Dan sehingga akhir hayat mereka,mereka digelar penjenayah dan berbagai lagi nama buruk oleh PENJAJAH.

Dan sekarang kenapa orang-orang seperti mereka dianggap pejuang kebebasan pula?Adakah status mereka bertukar selepas mereka mati?Adakah seseorang perlu MATI dahulu sebelum digelar PEJUANG di tanahair mereka?

Kami tidak berani mengatakan yang Abu Bakar ini pejuang kemerdekaan.Tetapi tentu lebih menarik kalau semua orang tahu cerita sebenar atau sekurang-kurangya pendapat peribadi dari tertuduh itu sendiri.

Adakah itu boleh menjadi realiti?

Wednesday, June 8, 2011

Apa Nazri cakap ni??????


Saya tidak mahu jawatan PM: Abdul Hadi



KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

"Yang penting kita mahu selamatkan negara...sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat
untuk menjadi Perdana Menteri.

(cerita lanjut di sini)


P/S:-Presiden PAS ini nampaknya dah memberi ketetapan dan pendapatnya yang tersendiri berkenaan kedudukan beliau dalam pakatan pembangkang.Bukanlah kuasa atau kedudukan peribadi yang menjadi tujuan utama perjuangan beliau,cuma keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang bakal menjadi keutamaan.

Ini sangat berbeza dengan UMNO di mana jawatan peribadi itu lebih penting dari segala-galanya.

Tuduhan dari Nazri Aziz yang mengatakan PAS mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Adakah itu semuanya benar?Kalau benar pun apa masalahnya?

Bukankah UMNO sebelum ini menuduh yang PAS bukan Parti DOMINAN dalam PR?Kalau PAS nak jadi dominan apa pulak masalahnya kepada UMNO?

Tidakkah UMNO mahu parti orang Islam dan Melayu ini jadi DOMINAN?Jadi apa sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO?????

Monday, May 23, 2011

KARNIVAL SUKAN PASTI KAWASAN JERANTUT MERIAH!

Karnival Sukan PASTI Kawasan Jerantut yang telah di adakan pada hari Ahad, 22 Mei 2011 bertempat di PASTI Jengka 8 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dianggarkan lebih 300 orang hadir memeriahkan karnival sukan kali ini.

Karnival yang dianjurkan kali ini mempertandingkan dua acara sukan iaitu Bola Sepak dan Bola Jaring.

Menurut Pengarah PASTI Kawasan Jerantut, al Fadhil Ust Mat Zain, acara yang dipertandingkan ini bertujuan bagi mencungkil bakat anak-anak PASTI di setiap cawangan dalam lapangan acara yang dipertandingkan. Justeru, mereka yang berbakat akan dipilih ke pertandingan sukan PASTI peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri bagi mewakili PASTI Kawasan Jerantut.

Majlis Karnival Sukan PASTI kali ini bertambah serinya dengan kehadiran al Fadhil Ust Yuhanis Ahmad selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerantut yang di undang bagi menyempurnakan majlis perasmian. Di dalam ucapan, beliau merakamkan ucapan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini, ditambah dengan kehadiran yang cukup membanggakan.








Thursday, May 5, 2011

Tidak bersenjata??????

Osama tidak bersenjata - White House


Media dan penduduk tempatan berkumpul di luar rumah agam di bandar Abbottabad yang menjadi tempat persembunyian Osama selepas serangan tentera AS di rumah itu pada Isnin lalu. – AFP


WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi ‘memberi tentangan’ ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu.

White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011.

Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh.

“Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh.

“Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata,” kata jurucakap White House, Jay Carney.

Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan ‘pertempuran bersenjata yang sengit’.

(baca di sini)

P/S:-Kami bukanlah menyokong sangat keganasan atau pun kacau bilau ni.Tapi mengikut cerita dalam paper pada hari ni,nampak sangatlah yang Amerika ni ZALIM dan CELAKA!

Sehinggakan orang yang tidak bersenjata pun ditembak mati.Jadi di mana keadilan atau hak kemanusiaan yang biasa diperjuangkan oleh Amerika LAKNAT ini?

Yang bertambah hairannya,ada PEMIMPIN NEGARA ISLAM yang beberapa hari lepas MENYOKONG dan MENGUCAPKAN LEGA akibat kematian Osama ni.Dah lah dia tu ISLAM,ORANG PAHANG pulak tu!Buat malu kaum-kerabat je.

Agak-agaknya kenapa BELIAU sangat suka menyokong tindakan USA dan sekutunya??????Tidak Islamkah dia??????