Thursday, March 29, 2012

Cerita dari Sabah.........

Gambar Sepasukan Anggota Polis Pukul Peneroka Felda


Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.








Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak.
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng.
kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah
Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya... ~sahabatblogsabah

Parti Melayu terbesar dan terkuat?

Ni Dia Ketua Bahagian Umno Yang Beragama Kristian


Oleh : Tinta Hijau DKB

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera.

Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan.Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.

Ini kerana jika dirujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu.Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.


SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tuesday, March 27, 2012

Apa cerita??????


Ini bukan negeri Encik Ali ke?????

Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah wang, seks

MELAKA: Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lalu.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

(Lanjut di sini)

oooo,gitu rupanya........

Apa yang akan terjadi seterusnya?????



Minggu lepas N9 Tahan ada menulis serba sedikit tentang kes MDJ nak di sita.Cerita memang panas,tapi sekejap saja sebab tak banyak media harian yang buat liputan kecuali beberapa berita atau akhbar sahaja.

Dan kami menjangkakan akan ada cerita tambahan atau lanjutan pasal hal ini.Nampaknya memang BETUL!!!
2,3 hari yang lepas Blogger IDEAKITA ada menulis tentang hal ini.Sila baca tulisan beliau di sini

Kalau betul lah apa yang ditulis oleh Blogger tersebut,maka akan bertambah mendung lah JERANTUT daerah kita ini.

Sebab apa kami kata begitu?Berikut adalah alasan kami......

1.Kami pernah dengar tentang S/U lama yang bermasalah.Tapi kami bukan orang yang berkuasa memberi pandangan.Setelah dia ditukarkan,ada sedikit penambahbaikan dalam pentadbiran MDJ.

Dulu masalah sampah saja ambil masa yang lama untuk diselesaikan.Tapi akhirnya dengan kehadiran S/U dan Pegawai Daerah yang baru,masalah ini hampir berjaya diatasi.

Tapi kalau mereka ditukarkan,apa yang akan terjadi agaknya?

2.Setelah beberapa lama S/U yang baru ini berada di Jerantut,terdapat perubahan pada keadaan dan landskap Bandar Jerantut secara hampir keseluruhannya.

Ada penambahan dari segi kecantikan dan keceriaan maksud kami.Dan kami lihat kakitangan MDJ lebih pantas dan cekap dalam tugasan mereka.

Apa akan jadi kalau kedua-dua mereka ini ditukarkan?

3.Dan kami walaupun penyokong Parti pembangkang di Jerantut,kami tetap boleh lihat kerja yang telah dilakukan dan kami mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan MDJ atas penambahbaikan ini.

Kami tahu yang tidak ramai kakitangan MDJ yang menyokong kami secara politikalnya nya.Tapi apa yang telah dilakukan,kami tetap hargai lebih-lebih lagi untuk kebaikan bersama.Tak kira mereka menyokong parti apa sekalipun.

Tapi sekiranya benarkah berita yang kami dapat dari Ideakita ini betul sangat malanglah masyarakat di Jerantut ini.

Dan sangat teruk lah kalau betul ada tangan-tangan GHAIB yang cuba memporak-perandakan apa yang telah dilakukan oleh Pihak MDJ ini.

Malangnya kita Jerantut.......

(Sumber dari N9 Tahan)

Masalah di Jerantut???????

Jerantut daerah ku......


Assalamualaikum.

Banyak cerita dalam berita yang mengejutkan kebelakangan ini.Budak kena culik,lepas tu dibunuh dengan kejam.(Al-Fatihah kepada Almarhum)Budak perempuan yang dikatakan diculik,rupa-rupanya ikut member dia.

Lepas tu cerita menteri letak jawatan pun ada.Padahal tarikh yang diumumkan itu memang dia dah habis tempoh sebagai SENATOR pun!Sudah berapa ramai kena tipu! Hehehehehehe.......

Itu pun nak pusing juga.Bagai sangat pengorbanan dia katanya.Bukan ada kesan besar mana pun kalau di kaji secara lanjut.Tapi nak buat macam mana,orang MELAYU kan SEMAKIN LAYU.........

Tapi Jerantut pun ada cerita juga minggu ni.Siap keluar Sinar Harian bagai.

Ala....cerita MDJ hampir di sita te lah.Dulu pernah juga ada Majlis Daerah yang di sita.Lagi BESAR punya kes.

Dengar cerita,bermacam versi ada.Nanti lah kita cari slow-slow.Lelama esok dapat lah cerita penuh.

Setakat Mengurus pasal Rumah Rehat pun GAGAL,ini pulak nak terus perintah NEGARA.

Lepas tu esok bagi pulak urus FELDA cara suka MAK,AYAH dia.MAS yang sikit punya besar pun boleh rugi,inikan pulak FELDA.

Tapi,apa-apa hal pun TAHNIAH lah kepada PENEROKA atas apa yang akan berlaku.PILIHAN di tangan anda.Buatlah keputusan dengan sebijaknya.

Kalau rasa nak ambik duit sekarang bagilah.Mana tau jadi macam FELDA Lyndon B Johnson hari tu.Dapat nama je JUTAWAN tu weh!

(Sumber dari N9 Tahan)

Thursday, November 17, 2011

Masalah di Selangor lagi??????

Air keluar dari celah dinding

bocor
SUBANG – Masalah air keluar dari celah dinding sejak unit rumah diduduki pada tahun 2007 masih belum selesai menyebabkan pemilik rumah di Pangsapuri Sri Galaksi, Subang Bistari U5 dekat sini berang.

Dakwa penduduk, aduan yang dibuat kepada pemaju tidak pernah diberi perhatian menyebabkan mereka nekad membawa perkara ini ke tengah termasuk mengambil tindakan undang-undang jika masalah itu tidak selesai.


Menurut pemilik rumah bermasalah, Henry Saman, 33, berkata masalah dipercayai berpunca daripada kebocoran bumbung di unit rumahnya tiga tahun lalu yang ketika itu masih di bawah jaminan.

(cerita di sini)

P/S:Ini bukanlah cerita pasal politik sebenarnya.Saja buat tajuk gempar gitu.Bagi buka mata sikit.Hehehehehe

Tapi di Selangor,banyak juga air rupanya.Sampai keluar ikut dinding.Mungkin terlebih air agaknya.

KP Kawasan yang duduk di Gombak pun dah banyak kali cerita.Dia dah lama tak bayar BIL air.Kira sejak PR memerintah memang dia tak pernah bayar BIL air.
Untunglah demenya.

Kat Jerantut?Selangor rasanya sungai tak banyak dan tak besar macam kat Pahang ni.Dulu kerajaan Pahang siap nak hantar air bantu kerajaan Selangor.(masa BN dululah!)

Tapi kita yang kaya dengan sungai bila agaknya nak dapat air free macam kat Selangor tu ye?

MB Selangor gagal!!!!

Pembeli tuntut MB tunai janji

demo-rumah
SHAH ALAM - Hampir 50 pembeli rumah kos rendah di PJS1, Petaling Jaya mengadakan demonstrasi di depan pintu utama Bangunan SUK menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji yang didakwa dibuat berhubung isu perumahan terbengkalai sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, desakan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar kira-kira jam 11 pagi semalam gagal, apabila hanya Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad tampil bertemu pembeli.


Daripada hampir 50 pembeli yang menunggu sejak 9.30 pagi, hanya empat orang dibenarkan mewakili pembeli bertemu Menteri Besar untuk mendapatkan penjelasan.


(Cerita lanjut di sini)


P/S:Kali ni MB dari PR ni tak dapat lari lagi dah.Beliau ni kena selesaikan masalah penduduk pasal perumahan di Selangor.Dah lama pun belum boleh dapat diselesaikan lagi. Masalah,masalah!

Menurut wakil penduduk yang teraniaya itu,masalah ini telah lama berlaku.Dah lebih LAPAN tahun sebenarnya.Jadi kalau dah LAPAN tahun,maknanya masalah ni mula dalam tahun 2003 lah tak?

Masa tu sapa yang pegang Negeri Selangor?Bukan UMNO dan BN ke yang berkuasa?

Jadi kalau kerajaan yang dah pegang sejak MERDEKA pun tak boleh nak settle,mungkin kerajaan yang baru 2,3 tahun ni lambat sikit kut?Pelik sangat ke?

Bukanlah nak sokong benda lambat tu,tapi ini nampaknya memang jelas ada COCOK dari pihak lain ni.Jadi mintak lepas ni MB Selangor kena buat tindakan cepat lah yek?

Apa macam?

Wednesday, September 28, 2011

Ini kerja mereka rupanya.........


Saya petik:

[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.


"Kami mahu menghapuskan kuota
tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.


Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".


"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.


Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.


"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.


Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.


Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.


"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.


"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.
Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.

(Dari Blog DCM)


PS:-Ooooooooo,ini kerja mereka rupanya.Tapi tentu sahaja hal ini tidak diambil berat oleh orang Melayu dalam Malaysia,lebih-lebih lagi di Jerantut ni.

Mungkin mereka lebih suka dan bersemangat untuk membuat LAPORAN POLIS tentang Mat Sabu yang membicarakan tentang Komunis dan Bukit Kepong.

Atau mungkin juga tentang HUDUD di Kelantan dan pertikaian antara PAS dengan DAP.

Tapi yang pasti mereka tidak akan ambil kisah pasal HAK mereka yang makin lama makin terhakis oleh tindakan PEMIMPIN yang mereka PILIH sendiri.

Dan mereka juga mungkin tidak akan sedar tentang KOS SARA hidup yang makin lama makin meningkat.

Dan selepas ini mereka terutama sekali kakitangan kerajaan akan terus lena dengar berita kenaikan gaji dalam BAJET yang akan datang.

Hai,selamat lah semuanya.SELAMAT TIDUR DAN TERUS BERMIMPI!!!!!!!!

Saturday, September 24, 2011

Pengkhianat yang sebenar!!!!!!!!!!!!

Jadikan Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia bahasa ilmu


BUKIT TINGGI, Sumatera Barat — Para wartawan dan budayawan Malaysia dan Indonesia diajak untuk bersama-sama mengangkat martabat bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia menjadi bahasa ilmu, kesenian dan komersial.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika membuat gesaan itu berkata, peningkatan taraf kedua-dua bahasa pertuturan 300 juta manusia di kawasan Asean itu, akan menjadikan ia bahasa yang dihormati di peringkat antarabangsa.

"Marilah Badan-badan bukan kerajaan, terutamanya badan budayawan dan persuratan kita perteguhkan kembali itu, jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Bahasa Indonesia mesti mencari jalan agar bahasa kita mempunyai lunas-lunas am dan lunas-lunas istilah yang terpakai di seluruh nusantara ini,” katanya di sini Sabtu.

Beliau berucap pada acara Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia 2011, yang disertai tokoh-tokoh wartawan dan budayawan kedua-dua negara. Acara itu dirasmikan Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring.

(Lanjut di sini)

P/S:-Sebelum dari ini pemimpin UMNO adalah yang paling bersetuju apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hendak dilaksanakan.

Tapi sekarang kenapa berubah?

Yang nyata PPSMI itu telah terbukti gagal terutama sekali di luar bandar seperti Jerantut ini.

Adakah perbuatan menyokong PPSMI itu adalah tindakan bagi menaikkan Bahasa Melayu supaya menjadi lebih gagah da berkualiti?Mana perginya paksi perjuangan UMNO itu sendiri yang mana menyatakan akan mempertahankan Bahasa Melayu?

Ternyata mereka akan lebih terarah dalam mencari keuntungan berbanding dengan berbakti kepada rakyat Melayu.Tidak benarkah ini?

Kegagalan PPSMI memberi kesan kepada siapa secara total?Cina kah atau India kah?

Dan sekarang mereka lebih suka berbicara pula tentang HUDUD yang ingin dilaksanakn di Kelantan.

Adakah ini cara mereka memperbaiki KEADAAN?

Saturday, June 25, 2011

Kenyataan Rasmi Ketua DPP Pahang

HIMPUNAN BERSIH SELARAS AJARAN ISLAM, PEMUDA PAHANG HANTAR 14,000 PEMUDA



Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.

Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.

Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?!

Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.
Sekian kenyataan saya,

SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

Thursday, June 16, 2011

Pengganas atau Pejuang??????

Abu Bakar Ba'asyir dihukum penjara 15 tahun

Abu Bakar Ba'asyir

JAKARTA: Tokoh ulama Indonesia Abu Bakar Ba'asyir hari ini dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah terbabit dalam latihan ketenteraan kumpulan pengganas di Aceh.

Pemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) itu disabit dengan kesalahan merancang dan menggerakkan latihan ketenteraan bersama Dulmatin alias Joko Pitono yang ditembak mati oleh polis tahun lalu.


Beliau juga didapati bersalah mengumpul dana untuk membiayai latihan itu dan menghasut peserta supaya melakukan tindakan keganasan.

"Saya menolak kerana keputusan ini zalim, menyalahi syariat Islam. Haram bagi saya menerima hukuman ini," katanya.

Terdahulu, pasukan peguambela beliau memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

(Cerita lanjut di sini)

P/S:Inilah nasib seorang Islam di tanah airnya sendiri.Bukanlah kami ingin menggalakkan keganasan ataupun peperangan.Tetapi ada beberapa perkara yang boleh kita lihat di sini.Antaranya:-

i)Beliau adalah seorang dikira alim.Sudah tentu ada alasan untuk beliau bertindak demikian.Adakah mungkin ianya hanya setakat merampas kuasa atau ingin memegang tampuk pemerintahan?Kami tidak rasa begitu.

ii)Di negara kita juga pernah berlaku berlaku penentang terbuka golongan berpendidikan agama. Antaranya adalah tokoh seperti Abdul Rahman Limbung,Tok Gajah,Mat Kilau,Tok Janggut dan beberapa ramai lagi tokoh.Mereka menentang penjajah tapi diLABELKAN sebagai PENGGANAS Dan sehingga akhir hayat mereka,mereka digelar penjenayah dan berbagai lagi nama buruk oleh PENJAJAH.

Dan sekarang kenapa orang-orang seperti mereka dianggap pejuang kebebasan pula?Adakah status mereka bertukar selepas mereka mati?Adakah seseorang perlu MATI dahulu sebelum digelar PEJUANG di tanahair mereka?

Kami tidak berani mengatakan yang Abu Bakar ini pejuang kemerdekaan.Tetapi tentu lebih menarik kalau semua orang tahu cerita sebenar atau sekurang-kurangya pendapat peribadi dari tertuduh itu sendiri.

Adakah itu boleh menjadi realiti?

Wednesday, June 8, 2011

Apa Nazri cakap ni??????


Saya tidak mahu jawatan PM: Abdul Hadi



KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

"Yang penting kita mahu selamatkan negara...sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat
untuk menjadi Perdana Menteri.

(cerita lanjut di sini)


P/S:-Presiden PAS ini nampaknya dah memberi ketetapan dan pendapatnya yang tersendiri berkenaan kedudukan beliau dalam pakatan pembangkang.Bukanlah kuasa atau kedudukan peribadi yang menjadi tujuan utama perjuangan beliau,cuma keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang bakal menjadi keutamaan.

Ini sangat berbeza dengan UMNO di mana jawatan peribadi itu lebih penting dari segala-galanya.

Tuduhan dari Nazri Aziz yang mengatakan PAS mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Adakah itu semuanya benar?Kalau benar pun apa masalahnya?

Bukankah UMNO sebelum ini menuduh yang PAS bukan Parti DOMINAN dalam PR?Kalau PAS nak jadi dominan apa pulak masalahnya kepada UMNO?

Tidakkah UMNO mahu parti orang Islam dan Melayu ini jadi DOMINAN?Jadi apa sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO?????

Monday, May 23, 2011

KARNIVAL SUKAN PASTI KAWASAN JERANTUT MERIAH!

Karnival Sukan PASTI Kawasan Jerantut yang telah di adakan pada hari Ahad, 22 Mei 2011 bertempat di PASTI Jengka 8 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dianggarkan lebih 300 orang hadir memeriahkan karnival sukan kali ini.

Karnival yang dianjurkan kali ini mempertandingkan dua acara sukan iaitu Bola Sepak dan Bola Jaring.

Menurut Pengarah PASTI Kawasan Jerantut, al Fadhil Ust Mat Zain, acara yang dipertandingkan ini bertujuan bagi mencungkil bakat anak-anak PASTI di setiap cawangan dalam lapangan acara yang dipertandingkan. Justeru, mereka yang berbakat akan dipilih ke pertandingan sukan PASTI peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri bagi mewakili PASTI Kawasan Jerantut.

Majlis Karnival Sukan PASTI kali ini bertambah serinya dengan kehadiran al Fadhil Ust Yuhanis Ahmad selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerantut yang di undang bagi menyempurnakan majlis perasmian. Di dalam ucapan, beliau merakamkan ucapan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini, ditambah dengan kehadiran yang cukup membanggakan.








Thursday, May 5, 2011

Tidak bersenjata??????

Osama tidak bersenjata - White House


Media dan penduduk tempatan berkumpul di luar rumah agam di bandar Abbottabad yang menjadi tempat persembunyian Osama selepas serangan tentera AS di rumah itu pada Isnin lalu. – AFP


WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi ‘memberi tentangan’ ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu.

White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011.

Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh.

“Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh.

“Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata,” kata jurucakap White House, Jay Carney.

Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan ‘pertempuran bersenjata yang sengit’.

(baca di sini)

P/S:-Kami bukanlah menyokong sangat keganasan atau pun kacau bilau ni.Tapi mengikut cerita dalam paper pada hari ni,nampak sangatlah yang Amerika ni ZALIM dan CELAKA!

Sehinggakan orang yang tidak bersenjata pun ditembak mati.Jadi di mana keadilan atau hak kemanusiaan yang biasa diperjuangkan oleh Amerika LAKNAT ini?

Yang bertambah hairannya,ada PEMIMPIN NEGARA ISLAM yang beberapa hari lepas MENYOKONG dan MENGUCAPKAN LEGA akibat kematian Osama ni.Dah lah dia tu ISLAM,ORANG PAHANG pulak tu!Buat malu kaum-kerabat je.

Agak-agaknya kenapa BELIAU sangat suka menyokong tindakan USA dan sekutunya??????Tidak Islamkah dia??????

Monday, April 4, 2011

Rakyat Malaysia Kaya-Raya

RM108 bilion lesap setiap tahun

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

(Cerita lanjut)

P/S:-Ini membuktikan banyak perkara sebenarnya.Antaranya ialah:-

i)Pegawai di KASTAM boleh dan telah banyak melakukan kesalahan yang boleh mendatangkan kerugian kepada negara.Adakah mereka ini dikira sebagai orang yang sangat berkuasa dalam muka bumi Malaysia ini?Besar manakah kuasa mereka? Sejauh manakah kuasa mereka untuk terus melakukan kesalahan seperti ini?

ii)Kalau kakitangan KASTAM yang tidak berapa kuasa besar kuasa mereka boleh melakukan begini,bagaimana pula dengan mereka-mereka yang lebih kuasanya?Agak-agak menteri-menteri dalam kabinet tu tak buat macam ni ke?Kalau tak macam mana mereka ni ada harta yang melampau banyaknya?

Dah banyak kali keluar cerita pasal menteri ni ada akaun di Luar negara,menteri ni ada harta diluar negara,menteri itu bukak akaun di Swiss Bank,Menteri ini bukak akaun di Bank Singapore.

Jadi kalau macam ini,kami rasa harta dan wang yang keluar dari negara ni adalah lebih banyak dilakukan oleh Bapak-bapak Menteri!Bukan begitu?Itu belum kira Kaum-kerabat dia lagi tu!Anak,is-3,is-4,anak menakan,pak menakan,pak mentua, dan ramai lagi sedara-mara pembesar-pembesar itu!

Tapi kami rasa Malaysia tak buat kut????Sebab mungkin hal ini hanya berlaku di negara Ke3 dan negara-negara yang berpendapatan rendah sahaja agaknya!Malaysia ni kan negara maju dan kaya-raya?

Sebab itulah rakyat dia boleh senyap je walaupun MINYAK DAH NAIK 3,4 KALI SETAHUN!

Monday, March 28, 2011

Haram judi??????

Pas Kelantan kekal haramkan `big sweep'KOTA BHARU 28 Mac - Kerajaan Pas Kelantan akan terus mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi 'big sweep' selepas mendapati tindakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pas Kelantan selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik sahaja diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan di mana kerajaan negeri boleh memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan. - Utusan

P/S:-Pertama sekali kami nak ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang tetap dalam pendirian mereka yang ingin mengharamkan JUDI BIG SWEEP.

Kalau sebelum ni,dah banyak berita yang dikeluarkan dalam media massa yang mana menjadi punca atau permulaan PERTELINGKAHAN dalam PR akibat langkah ingin mengharamkan lesen judi ini.

Dan sibuklah reporter dan pelbagai lagi masyarakat media berbicara tentang hal ini.Komen dari DAP dan PKR turut dicari.Kononnya itu hak bukan MUSLIM.Dan lagi kata mereka kerajaan Kelantan tak patut buat begitu.

Ada juga media hak milik kerajaan BN turut mempertikaikan perkara ini.Apa maknanya???????

Tapi pada kami,itulah kuasa yang boleh mengubah pelbagai perkara.Jadi dengan kuasa,kita boleh cuba mengubah apa yang tidak betul menjadi betul.Tanpa kuasa siapalah kita untuk membuat perubahan.

Jadi dah ada kuasa,boleh lah cuba-cuba buat benda macam ni.......

Kerajaan negeri Pahang bila lagi??????

Monday, March 21, 2011

Cerita kurang panas....

Harga ayam kembali normal April: Noh
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga menjangkau purata RM8.20 sekilogram sekarang akan kembali normal menjelang April ini.

Beliau berkata kenaikan harga sekarang disebabkan antara lainnya oleh kekurangan bekalan yang jarang berlaku pada bulan Mac kerana selalunya permintaan pada bulan berkenaan adalah rendah.

"Tapi tahun ini kemungkinan kerana cuti sekolah dan kenduri kahwin yang banyak, permintaannya naik mendadak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh berkata harga ayam di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara jiran. Katanya faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan itu, di mana ianya menyebabkan penternak lebih berhati-hati untuk menambah bekalan.


Cerita lanjut DI SINI

P/S:-Hari ni berita tentang pertuduhan Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal VIDEO LUCAH di SPA hangat diperkatakan.Ada yang tuduh Anwar,Anwar kata bukan.Macam-macam betul berita hari ni.Tapi ada kaitan LANGSUNG ke dengan kita?Lantak dialah!

Tapi dalam tidak sedar,ada berita yang lebih KENA pada RAKYAT!Berita di atas adalah kurang mendapat perhatian kerana ianya bukanlah berita yang disensasikan dalam media massa atau media cetak.Kenapa agaknya?

Mungkin kerana ia lambang kegagalan KERAJAAN dalam menangani isu kenaikan harga barang.Jadi ianya cuba didiamkan!Justeru itu,apa yang berlaku?

Rakyat lebih melihat kes Anwar yang dituduh buat jahat untuk kesekian kalinya!Dah macam makan nasi pulak!Hari-hari ada cerita.

Jadi adakah RAKYAT dan PENGUNDI di Malaysia ini akan terus berfikir begini?

BIJAKKAH RAKYAT MALAYSIA?????????

Friday, March 11, 2011

Suara Bekas Mufti.

Istilah 'wang pembayar cukai'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Feb 27, 11
10:50pm

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Wednesday, March 9, 2011

Baca dan fikir!!!!!!!!!!!!!

Kami rasa, masih ramai yang masih kabur dan tidak memahami sepenuhnya hak anda sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan semua fahaman politik.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.

Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan
hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik
kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.

Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh
Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 09/3/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.

Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran.

Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI.

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14
hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Berikut di dibawah adalah video berkaitan:

Jadi, selepas ini, kami harap rakyat akan buka mata untuk mengambil tahu tentang apa hak anda dan bagaimana anda boleh menuntut hak anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda disabitkan dengan saman ekor.Apa pendapat anda mengenai hak anda ini?

Artikel oleh:

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti SamanEkor (KASE)

Saturday, March 5, 2011

Prk Kerdau : Pasukan cantas khas Bukit Aman..Awas.!!!


AWAS!!! Jentera PAS di semua peringkat di minta supaya berwaspada dengan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman yang sedang berlegar-legas di kawasan pilihanraya DUN Kerdau.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Abd Wahid bin Endut telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton PErdana warna putih nombor pendaftaran, WEU 3632 yang menggunakan logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di cermin hadapan kereta tersebut.


Pada kertas yang mempunyai logo PDRM itu, tertulis "
PRK N28 DUN KERDAU, PAHANG PASUKAN CANTAS KHAS BUKIT AMAN (SILA BERI KELONGGARAN)."
Apa yang menjadi kemusykilan tujuan pasukan ini di tubuhkan oleh polis bukit aman dan kemungkinan ia akan digunakan oleh jentera Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu semua ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan memerhatikan gerak-geri pasukan ini.


Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan sila maklumkan terus ke bilik operasi pusat pilihanraya PAS.



(sumber dari sini)